rss
twitter
    IKUT SAYA DI LAMAN TWITTER
Memaparkan catatan dengan label isu-isu Moral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu-isu Moral. Papar semua catatan

Isnin, 14 Februari 2011

Isu Dadah

Kejayaan besar polis banteras dadah

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Polis mencatatkan kejayaan besar dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah apabila berjaya membongkar 21 makmal memproses dadah dan merampas dadah bernilai kira-kira RM270.78 juta sepanjang tahun lalu.

Kejayaan membongkar 21 makmal memproses dadah terbabit boleh dibanggakan kerana ia meningkat 91 peratus berbanding hanya 11 makmal pada 2009.

Sembilan makmal dikesan di Pulau Pinang, empat makmal masing-masing di Selangor dan Kuala Lumpur, dua makmal di Negeri Sembilan manakala selebihnya masing-masing satu di Johor dan Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, lapan daripada makmal dibongkar didapati digunakan untuk memproses dadah jenis ekstasi, memproses syabu (tujuh), memproses heroin (lima) dan satu memproses pil Eramin 5.

Kes Dera

Bapa dera anak 18 bulan ditahan

IPOH 14 Jan. - Ketika insiden seorang ibu memukul anak lelakinya berusia 10 bulan hingga patah tulang kening di Kajang, Isnin lalu masih dirasai, kejadian serupa dilaporkan berlaku di sini.

Kali ini seorang budak lelaki berusia 18 bulan menjadi mangsa apabila tulang paha kanannya patah akibat dipukul bapanya sendiri, Jumaat lalu.

Malah mangsa turut dihempas ke atas tilam dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ibunya untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kita telah menahan lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sendiri itu pada pukul 4 pagi ini selepas dia menyerah diri di

Bunuh Diri

Bunuh diri : pelajar terpinggir dan terasing

Oleh Rohana Man

KES bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negara ini memanglah tidak serius kerana jumlah yang melakukannya amat sedikit.

Sungguhpun begitu, pelbagai pihak perlu mengambil usaha untuk menyelamatkan pelajar bermasalah daripada membunuh diri.

Kajian yang dilakukan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Zuria Mahmud mendapati hanya beberapa kes pelajar bunuh diri dilaporkan berlaku di tiga tempat yang dikajinya iaitu Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor.

Terdapat pelajar yang membunuh diri dilihat tidak mempunyai masalah dan apabila ia berlaku, semua pihak termasuk ibu bapa dan pihak sekolah tidak menyangka perkara itu boleh berlaku.

``Ada kaunselor sekolah berkata kepada saya bahawa dia tidak menyangka seorang pelajarnya membunuh diri.

Vandalisme

Vandalisme kian meruncing

KUANTAN 12 Julai - Perbuatan merosakkan harta benda awam dengan niat atau dikenali sebagai vandalisme kini semakin meruncing dan bagaikan tidak boleh dibendung lagi di sekitar bandar ini.

Antara contoh-contoh vandalisme yang terdapat di sekitar bandar ini adalah merosakkan telefon awam, tandas awam, peralatan permainan di taman rekreasi, menconteng dinding, membuang sampah merata-rata, curi kabel, curi besi (kepala paip, meter air, penutup longkang, pagar besi penghadang jalan) dan sebagainya.

Siapakah yang harus dipersalahkan apabila melihat 'hasil seni' pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan apabila hampir semua struktur binaan konkrit permainan kanak-kanak di kebanyakan taman permainan di sini rosak dan tercemar malah turut dijadikan sebagai bahan contengan.

Masalah sedemikian tidak harus dipandang ringan oleh pihak berkuasa dan masyarakat kerana tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di Kuantan mungkin boleh mengundang bencana.

Misalnya, apa yang berlaku di kebanyakan taman permainan kanak-kanak terutama di kawasan perumahan di sini, ia membuktikan tahap vandalisme semakin melampau apabila banyak struktur binaan konkrit permainan di situ dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab .

Tinjauan Utusan Malaysia di taman permainan di Lorong Sekilau 38 di sini, mendapati, sebahagian besar peralatan permainan yang disediakan tidak boleh digunakan lagi malah mampu menjadi ancaman berbahaya terhadap kanak-kanak yang menggunakannya.

Isu Pembuangan Bayi

Empat strategi tangani isu pembuangan bayi

PETALING JAYA 28 Mac — Empat strategi — advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan akan digunapakai bagi menangani isu pembuangan bayi yang dilaporkan berleluasa sejak kebelakangan ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat bagi melaksanakan strategi itu dalam isu pembuangan bayi.

"Advokasi tentang institusi keluarga diperlukan untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan pembuangan kanak-kanak dan perbuatan tersebut dianggap sudah bukan lagi budaya rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri “Karnival Utamakan Keluarga : Sehati, Sejiwa Untuk Keluarga” di sini, hari ini.

Katanya, strategi pencegahan juga perlu bagi memberikan kefahaman terhadap ilmu agama dan kesan terhadap seks bebas.

Beliau berkata, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengetengahkan kurikulum kepada semua remaja perempuan terhadap hubungan intim dan kesannya secara ilmiah.

Shahrizat turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan berpegang kepada ajaran agama supaya tidak terus hanyut dengan nafsu muda. - Bernama

SUMBER: ARKIB UTUSAN MALAYSIA (28/03/2010)

Isnin, 7 Februari 2011

Pengklonan Manusia (Membawa Keburukan Lebih daripada Kebaikan)


Isu pengklonan merupakan salah satu isu yang begitu giat dibincangkan oleh para saintist-saintist barat ketika ini. Isu ini semakin giat dibicarakan apabila kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan kemajuan dalam bidang sains ginetik. Usaha pengklonan pertama kali dilakukan oleh ahli embriologi Scotland, Ian Wilmut menghasilkan kambing biri-biri bernama Dolly. Hal ini telah menyebabkan ahli-ahli saintis dalam bidang ginetik mulai terfikir untuk membangunkan pengklonan manusia pula. Apabila isu ini semakin giat dibincangkan telah menyebabkan isu ini berubah kepada isu yang melibatkan etika.

maksud pengklonan

Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.