rss
twitter
    IKUT SAYA DI LAMAN TWITTER

Isnin, 17 Januari 2011

Teori Perkembangan Moral Kohlberg


Lawrence Kohlberg menekankan bahwa perkembangan moral didasarkan terutama pada penalaran moral dan berkembang secara bertahap. Kohlberg sampai pada pandangannya setelah 20 tahun melakukan wawancara yang unik dengan anak-anak.

Dalam wawancara, anak-anak diberikan serangkaian cerita dimana tokoh-tokohnya menghadapi dilema-dilema moral. Bagaimana anak-anak dalam menyingkap setiap cerita yang dilakukan oleh tokoh masing-masing dalam cerita yang disampaikan oleh kohlberg. Dilema Tersebut dikenali sebagai dilema Heinz

DILEMA HEINZ

Di Eropah, seorang wanita hampir meninggal dunia akibat penyakit kanser. Hanya ada satu jenis ubat yang menurut doktor dapat menyelamatkan nyawa wanita tersebut. Ubat tersebut adalah sejenis radium yang baru-baru ini ditemui oleh seorang saintis di kota yang sama. Kos membuat ubat ini sangat mahal, tetapi Sainstis tersebut telah menetapkan harga ubat tersebut sebanyak sepuluh kali ganda lebih mahal dari kos membuat ubat tersebut. Untuk menghasilkan satu dose kecil ubat ini sainstis tersebut membayar $200 dan menjualnya $2000 satu dose. Suami wanita tersebut, Heinz, pergi ke setiap orang yang dikenalinya untuk meminjam wang, tetapi ia hanya mampu mengumpul $1000 atau hanya setengah dari harga ubat tersebut. Ia memberitahu sainstis tersebut bahawa istrinya sedang sakit dan memohon agar sainstis tersebut bersedia menjual ubatnya lebih murah atau membenarkannya membayar wang selebihnya kemudian. Tetapi sainstis tersebut berkata, “Tidak, aku berjaya menemui ubat ini, dan aku harus mendapatkan wang dari ubat itu.” Heinz menjadi tertekan dan nekad memecah masuk kedai ubat itu untuk mencuri ubat untuk isterinya.


Di bawah ini merupakan salah satu contoh video tentang kajian seorang budak dengan menggunakan teknik teori Kohlberg.




Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=sXjsSS8p_FI


Teori perkembangan Kohlberg merupakan salah satu teori yang boleh diguna pakai oleh guru-guru pendidikan moral bagi mengukur tahap perkembangan moral pelajar di dalam pembelajaran. Melalui dilema Heinz ini merupakan salah satu dilema yang digunakan di dalam teori perkembangan Kohlberg bagi menguji tahap perkembangan moral pelajar-pelajar di sekolah. Justeru, guru-guru pendidikan moral disarankan untuk menggunakan teori perkembangan moral ini di dalam pembelajaran pendidikan moral di sekolah-sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan