rss
twitter
    IKUT SAYA DI LAMAN TWITTER

Isnin, 14 Februari 2011

Kes Dera

Bapa dera anak 18 bulan ditahan

IPOH 14 Jan. - Ketika insiden seorang ibu memukul anak lelakinya berusia 10 bulan hingga patah tulang kening di Kajang, Isnin lalu masih dirasai, kejadian serupa dilaporkan berlaku di sini.

Kali ini seorang budak lelaki berusia 18 bulan menjadi mangsa apabila tulang paha kanannya patah akibat dipukul bapanya sendiri, Jumaat lalu.

Malah mangsa turut dihempas ke atas tilam dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ibunya untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kita telah menahan lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sendiri itu pada pukul 4 pagi ini selepas dia menyerah diri di
Balai Polis Jelapang.

"Lelaki itu akan direman empat hari untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Dzuraidi berkata, lelaki itu pulang ke rumah daripada berniaga dan dikatakan berselisih faham dengan isterinya sebelum masuk ke dalam bilik lalu memukul mangsa menggunakan tali pinggang.

Ibu mangsa yang berusia 38 tahun telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.


Celoteh-Ku:

Masalah Dera anak juga merupakan salah satu isu moral yang sering diperkatakan oleh masyarakat. Ibu bapa yang merupakan tempat berlindung anak-anak telah menjadi tempat yang paling ditakuti oleh anak-anak. Saya amat sedih sekali dengan kes-kes penderaan yang semakin meningkat saban tahun. Ibu bapa yang mempunyai masalah tidak boleh melepaskan kemarahan mereka dengan memukul anak-anak mereka tanpa balas kasihan. Ingatlah... Anak-anak anugerah Tuhan yang perlu kita
jaga dengan baik dan bukan untuk digunakan sebagai alat untuk melepaskan geram. PEACE!!

1 ulasan: